Saturday, January 26, 2013

✿ Selamat Berholiday ✿

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah cik anis dapat bercuti jugak akhirnya . Walaupun final exam dah abes hari isnin 21hb lagi baru hari nie cik anis cuti betul betul . Kenapa baru cuti ? Hurmm cik anis kemas bilik dan rumah sewa . Untuk semester depan cik anis duduk bilik laen . Sebab tuh kena pindah barang .

Cik anis akan cuti selama sebulan lebih cket . So apa plan cuti nie ye ? Huhuh . Insya Allah minggu depan cik anis akan ke keyel dalam lima hari camtu ah . Cik anis duduk umah kakak . Saja la p jalan jalan ubah angin . Teheheh

Ohh yaa . Memandangkan cik anis dah bercuti nie , my business which is Nanad Home Production will be run as usual . Kalaw ada nak tempah silakanlah . Insya Allah cik anis akan sedaya upaya untuk siapkan . Ehh cup cup . Business cik anis dah ada nama ekk ? Opss cik anis tak announce lagi ke . Maaf la terlupa . Dah sebulan dah business nie bernama . Huhuh . Feel free to drop your order . Nanti cik anis hapdate produk produk yang ada dekat Nanad Home Production keyh .

Sekarang nie cik anis nak pegi siapkan tempahan yang baru masok . See you all soon .

Thanks for your time reading this story ^_^

Wednesday, January 23, 2013

✿ Wedding Planner part 2 ✿

Assalamualaikum w.b.t

Beberapa minggu lepas cik anis dah cerita pasai kenuri kawen abang kuntowm kan . Tapi so sad sebab xabes . Gambaq pown cik anis tunjuk satu ja . Harap maaf laaa . Kesilapan teknikal sikit .

Maka pada tengah malam ini dengan sukacitanya cik anis nak tunjuk hasil kerja tangan tak berapa nak lembut nie . Enjoy the picture ;-)



Pentas pelamin . Together gether wat dengan kuntowm, avia dan cik na (mak menakan depa dua)

Pandangan dari depan pelamin
150% dibuat oleh cik anis dan dibantu oleh kuntowm and her sister, avia . Pandangan dari ruang tamu

Dalam bilik pengantin . Kami buat ramai2 dengan mak kuntowm, cik na and adik laki kuntowm

Hasil tangan tak seberapa ja . Saya budak baru belajar . Kalaw tak berapa cantik tolong ajarkan . Hihih

Thanks for spending your time to read this . Really appreaciate it ^_^

Tuesday, January 22, 2013

<3 perpisahan <3

Assalamualaikum w.b.t

Maaf agak lama cik anis tak hapdate belog nie . Sampai nak masok bulan baru dah walaupun ada lagi seminggu . Mungkin kesibukan menghadapi final exam yang buatkan cik anis menyepi .

Malam2 buta nie cik anis hapdate belog jugak sebab tak dapat melelapkan mata dan ada satu perasaan yang menyelubungi hati dan fikiran cik anis . Ohh mungkin susunan ayat agak skema taman . Sebab kecelaruan fikiran mungkin . Huhuh

Yaa setiap yang bertemu pasti akan berpisah . Tapi perpisahan kali ini agak mengusik emosi cik anis . Kalau dulu berpisah dengan rakan sekolah mungkin agak normal tapi kali nie laen sikit . Mungkin dulu tak berapa nak matang and hanya fikir pasal keseronokan . Namun kali nie teman2 inilah yang banyak mengharungi susah senang liku2 kehidupan . Mereka banyak nengajar diri ini untuk lebih matang dan berfikiran meluas . Sentiasa memberi semangat dan harapan bahawa esok masih ada .

Okee dah tak dapat nak diungkapkan dengan kata2 dah . Kalau troz cakap jugak memang ditemani ayaq mata laa . So better stop now .

Pada teman2 yang bakal melangkah setapak ke hadapan cik anis harap kalian tak lupa pada diri ini . Mungkin cik anis nie agak annoying tapi moga persahabatan ini kekal sampai akhir hayat .

Maaf entri ini agak boring dan fedup tapi sekadar luahan rasa yang tak dapat disuarakan . Oke lap2 ayaq mata dah . Jumpa lagi

Friday, January 4, 2013

✿ kawan lama ✿


بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَات

ekceli dah lama kot cik anis nak hapdate pasai teman teman nie . tapi nak wat cena kan penyakit capital M telah menguasai diri . so macam nie la jadinya . hapdate lambatlambat sampai dah jadi cerita basikalawmakansakitperot .

dah sepuloh taon cik anis tinggalkan alam sekolah rendah . lima taon tinggalkan sekolah menengah and tiga taon tinggalkan prauniversiti . ehh cupcup . bukan prauniversiti tuh sekolah menengah jugak ke ?? hahahah . apapa pon bole la labu .

so sepanjang tuh laa cik anis jarang contact . ehh bukanbukan . tak pernah langsung sebanarnya contact kawankawan dari sekolah rendah sampai sekolah menengah . okeh ekceli menengah rendah ngan menengah atas cik anis sekolah kat dua sekolah yang berbeda owke .

jangan anggap yang cik anis nie orang yang sombong plak k . kalaw still anggap camtuh sila baca semula profile tuan tanah kat sebelah kanan tuh . tataw mana kanan ? ishishish ekot anak panah nie haaa ----->

nampak tak statement yang ke lima tuh . gigih gyla haku kira kan . hakhakhak . sila baca kuatkuat sampai orang sebelah marah . paztuh pahamkan maksud tersirat dan tersurat . haaa ! tataw apa itu tersurat tersirat ? p masok balik sekolah rendah . kecian kat cikgu penatpenat ajar tapi tataw . haish .

dah paham ?? owke kita sambung setori . cik anis nie pemalu orangnya . ehh bukan nak mintak penampaq k tapi nak cakap benda betul . cik anis suka menyendiri . so selagi orang tak setat cakap makanya cik anis akan terus terkaku di situ . tapi tengok keadaan jugak laa . sekarang nih cik anis bule dah la cikitcikit nak setat perbualan tuh .

however . hamek kaw keluaq omputeh tu . abaikan oke . however cik anis still segansegan kuku (adaptasi daripada suamsuam kuku . huhuh) nak contact dengan kawankawan sekolah . tatawu nak cakap apa kot . ermm ada apapa cadangan to restart again our relationship with old friends ? hope it will helps me to rebuild my relationship with them . 

thanks for reading ^_^

✿ Wedding Planner part 1 ✿


بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَات

homaigad !! awat yang cik anis cakap pasai kawenkawen nie . cik anis nak kawen ka ?? alhamdulillah . sapa la yang bertuah sangad jadi pilihan hati cik anis nie ye . huhuh

sudah sudah . enough . tak payah la nak merepek makan kerepek kentang mr. potato . ekceli yang menikahnya orang laen . bukan ahli keluarga sepupu sepapat cik anis . abang kawan cik anis yakni abang kuntowm yang kawen . diorang angkat nikah 12/12/12 . wahh kelas kaw abang . hahah . bila pulok la jadik abang haku nie kan . heheh

bila dah kawen tuh mesti la ada kenuri kan . and as you know umah kenduri zaman sekarang nie maw ada pelamin bagai kan . kalaw pelamin dalam umah mesti la satu umah nak kena hias kan . opss lebihlebih suda . bukan nak mengutuk or mengata k . juz cakap benda yang realiti .

maka dipendekkan cerita kuntowm mintak tulun cik anis untok hias tangga umah dy . sebabnya doludolu masa sekolah menengah atas and prauniversiti cik anis selalu tolong cikgu salma hias pentas dewan . so ada la sikitsikit skill nak menghias tuh . kuntowm pon dok tolong jugak . makanya cik anis la jadi wedding planner . tak planner sangad la kann .

so janji punya janji cik anis pown pegi la umah tom 6/12/12 lepas maghrib dengan bawak baju apa kesemua sebab nak tido sana . sampai sampai tuh mak tom tanya pelamin nak hias cemana . beli la bunga untuk hias pelamin sekali sebab kitorang memang nak keluar beli bunga and kaen pon . so dalam fikiran cik anis, "oh oke aQ kena wat pelamin sama" . oke fien tak kesah .

lepas tuh masok bilik pengantin pulok . "bilik pengantin nak hias lagu mana haa?" kata mak kuntowm . cik anis pon "ehh kena wat bilik pengantin jugak laa @,@" . tapi dalam ati je la . kat mulot jawab je yang mana rasa elok . huhuh

kita pendekkan lagi cerita . setelah berhempas pulas cari kaen and bunga sampai kedai nak tutop , decorate apa yang patut wat bagi nampak lawa pada pandangan mata haku yang bersinar nie , ulang dua tiga kali p umah tom sampai dah wat macam umah kendiri dah and pakmak menakan tom pon pakat kenai dah sapa nanad (tom panggil cik anis 'nad' or 'nanad') , maka siap laa menghias tangga , pentas pelamin and bilik pengantin .

jadi dengan bangganya cik anis nak mempersembahkan hasil tangan lemah gemalai cik anis ....

tangga yang masih bogel lagi . seketoi tuh terpaksa dikaburkan sebab tak menepati piawaian yang ditetapkan .



~ The end of part 1 ~

Thursday, January 3, 2013

✿ Assalamualaikum 2013 (^_^) ✿


بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَات


mungkin tak terlewat lagi untuk cik anis ucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2013 kepada semua rakyat Malaysia khususnya dan semua penduduk di muka bumi Allah s.w.t umumnya . bukan niat untuk melambatkan ucapan tapi kekangan masa yang tidak dapat dielakkan . 

dah tercapai ka azam tahun lepas ? as for me , cik anis tak ada specific azam . mungkin sebelum2 cik anis tak berapa nak suka untuk meletakkan azam dalam diri . mungkin sebab i just use to follow the flow . maybe . but as for today cik anis rasa terpanggil untuk menetapkan azam dalam diri . sikit pon jadi la sebagai permulaan . hope semuanya dipermudahkan oleh Allah s.w.t . 

antara azam cik anis untuk tahun 2013 nie :
.::. as student , i wanna put my name in dean list .::.
.::. nak aktif balik buwat felt craft . ye la before this hanya wat bila ada tempahan . huhuh .::.
.::. giat berblogging . nak bayar balik hutang2 lama entry yang dijanjikan .::.
.::. wanna try as many as possible resipi yang menarik tertarik memang da boom . hihih .::.
.::. as a Muslim , i wanna change myself to be a better person , tak tinggal solat dan solat diawal waktu . insya Allah .::.

cik anis harap korang doakan agar azam tahun nie tercapai and cik anis jugak mendoakan agar semua azam yang korang buat akan tercapai . dengan izin daripada-Nya . insya Allah aminn