Tuesday, February 13, 2018

Bila sendiri mesti akan terfikir yg bukan2. Akan terfikir benda yg x ingin terjadi. Mula terfikir ada org lain yg akan ceria kan dan naik kan mood awk tu. Org lain yg sy tahu siapa. 

Cuba utk xmau kacau. Cuba utk xnak ambil tahu. Tapi hakikatnya hati dan jiwa meronta utk mendekat. Ingin bertanya melalui Whatsapp, risau mengganggu. Hendak menegur di Massagenser, takut mengacau. Mahu menyapa di Facebook, pasti diungkit. Melalui medium apakah lagi yang harus diguna agar rasa ini terluah? 

Aku yang sekarang bukan seperti dahulu lagi. Aku yang dulu ibarat kerak nasi yang keras walau ditujah dengan apa pon. Namun setelah kau curahkan air kepadaku sehingga tenggelam, aku menjadi kerak nasi yg bukan sahaja lembut, tetapi lembik menunggu masa utk dibuang. Pergi bersama rasa yg telah diberikan.